Netflix mengakhiri tahun 2022 dengan 230.75 juta pelanggan berbayar. Ini adalah jumlah pelanggan yang lebih tinggi berbanding sasaran mereka 227.59 juta pelanggan. Secara keseluruhan 7.66 juta pelanggan baharu berjaya ditambah pada Q4 2022.

Jumlah pelanggan meningkat paling tinggi di Eropah dengan 3.2 juta dan kedua tertinggi pula ialah pada rantau APAC dengan 1.8 juta pelanggan baharu. Di pasaran Amerika Utara hanya 910,000 pelanggan baharu dicatatkan menunjukkan betapa sengitnya pasaran penstriman video di rantau tersebut. Peningkatan pelanggan baharu di pasaran ini adalah agak rendah walaupun pelan lebih murah dengan sokongan iklan telah diperkenalkan.


