Netflix Menarik Diri Daripada Membeli Warner Bros Discovery

WorldBusiness & Finance
27 Feb 2026 • 8:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix menarik diri daripada membeli Warner Bros Discovery selepas mereka enggan menaikkan bidaan asal $82.7 bilion yang ditawarkan hujung tahun lalu. Mereka diminta menaikkan bidaan pembelian kerana Paramount meningkatkan penawaran mereka beberapa minggu lalu sebagai usaha akhir menghalang pembelian Netflix.

image is not available

Dengan penarik diri ini, Paramount nampaknya akan berjaya membeli Warner Bros Discovery yang amat didambakan pada nilai $108.4 bilion yang jauh lebih tinggi. Paramount sebelum ini menyaman WBD dan Netflix kerana bidaan mereka ditolak.

Walaupun pada awalnya Presiden Trump mengatakan beliau enggan masuk campur, beliau awal minggu ini mengarahkan Netflix membuang salah seorang ahli pengarah yang memusuhi Trump. Sekiranya tidak dilalukan, Trump memberikan petanda pembelian WBD akan dihalang. Paramount dimiliki oleh penyokong kuat Trump, Larry Ellison yang juga pengasas Oracle serta pemegang 15% saham TikTok USDS Joint Venture LLC.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved