Netflix Perkenalkan Playground – Aplikasi Kanak-Kanak Bebas Iklan Dan Percuma

TechnologyFamily & Parenting
7 Apr 2026 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Netflix memperkenalkan Netflix Playground iaitu aplikasi mudah alih khusus untuk kanak-kanak berumur lapan tahun ke bawah. Aplikasi ini bukan sahaja menawarkan pelbagai permainan menarik dengan watak popular seperti Sesame Street, Dr. Seuss, Peppa Pig dan Bad Dinosaurs malah ia direka untuk memberikan pengalaman bermain yang menyeronokkan sambil mendidik. Selain itu, semua kandungan dalam aplikasi ini adalah bebas iklan, tiada pembelian dalam aplikasi dan tiada caj tambahan.

image is not available

Cara penggunaan aplikasi ini juga mudah. Pengguna hanya perlu memuat turun Netflix Playground daripada Apple App Store atau Google Play kemudian log masuk menggunakan akaun Netflix. Selepas itu, permainan boleh dimainkan secara luar talian, sekali gus membolehkan anak-anak terus menjalankan aktiviti walaupun tanpa sambungan internet.

image is not available
image is not available

Aplikasi ini turut menyediakan fungsi pengurusan storan yang memudahkan ibu bapa memadam permainan yang tidak lagi digunakan. Dengan cara ini, ruang simpanan peranti dapat dikawal dengan lebih baik dan hanya permainan yang relevan kekal tersedia untuk dimainkan.

Seperti yang dinyatakan, aplikasi ini disertakan secara percuma dalam semua langganan Netflix. Selain itu, ia tidak mempunyai iklan, tiada pembelian tambahan, dan tiada caj tersembunyi. Namun begitu, semakan kami mendapati aplikasi ini belum boleh dimuat turun di Malaysia buat masa ini. Netflix menyatakan bahawa ia akan tersedia selepas tarikh pelancaran global yang dijadualkan secara berperingkat.