Perkhidmatan Netflix tergendala di beberapa pasaran dunia termasuk Malaysia sebentar tadi gara-gara jumlah tontonan yang terlalu tinggi untuk perlawanan antara Mike Tyson menentang Jake Paul. Ketika artikel ini ditulis, kami hanya dapat mendengar audio sahaja dengan video sudah tersekat selama beberapa minit.

Di Amerika Syarikat pengguna melaporkan gangguan penstriman sejak dua jam yang lalu dengan aplikasi mengatakan tiada rangkaian internet pada aplikasi. Pengguna di beberapa negara juga melaporkan penstriman tersekat-sekat dan aplikasi tidak responsif. Kami yang menggunakan perkhidmatan internet 1 Gbps turut menghadapi masalah visual tersekat-sekat.
Satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah untuk tidak menonton secara langsung dan menonton penstriman yang ditampan selama beberapa minit ke belakang. Gangguan Netflix ini hanya melibatkan penstriman perlawanan tinju secara langsung sahaja. Kandungan lain masih boleh ditonton seperti biasa.

