Netflix : Tidak Semua Katalog Kandungan Akan Ditawarkan Dibawah Pelan Disokong Iklan

TechnologyDigital
20 Jul 2022 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Netflix telah mengesahkan akan memperkenalkan pelan dengan sokongan pengiklanan seawal 2023 kelak, dibeberapa buah pasaran. Selari dengannya juga, Netflix menyatakan tidak semua katalog kandungan siri-TV dan filem akan ditawarkan dibawah pela percuma ini.

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, terutamaya pengguna tempatan. Kaedah sama turut dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan seperti Viu, iQiyi dan beberapa lain di Malaysia.

Pengguna boleh mengakses sejumlah kandungan secara percuma, tetapi kandungan terkini dan eksklusif memerlukan langganan berbayar. Mungkin kita melihat model sama diimplementasikan oleh Netflix pada platform mereka – apatah lagi dengan pelbagai syarikat kini melihat ke rantau Asia untuk model perniagaan yang lebih mesra pengguna.