Netizen Bangga Orang Korea Makan Sate, Dimasak Rakan Sekerja Dari Malaysia

Food
8 Mar 2024 • 6:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Fikri Akram yang bekerja di Korea Selatan sebagai seorang jurutera telah menjadi bualan hangat ramai.

Mana tidaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naiknya di laman TikTok, dia telah menghidangkan 140 cucuk sate khas buat rakan sekerja warga Korea sebagai hidangan istimewa sebelum umat Islam berpuasa pada minggu hadapan.

Orang Korea makan sate

@fikriakram91

140 cucuk Satay Ayam, Kuah Kacang & Nasi Impit untuk Korean officemate. Masaklah sedap dan special sikit sebelum Ramadhan next week. Haha. Alhamdulillah, semua suka Satay ayam dan Kuah Kacang. Katanya padu macam nasi Lemak. Kali ini ramai yang join sebab dah start testing. Enjoyyyy! #Koreanlife #malaysian #koreanpeople #SouthKorea #fyp #fypシ

♬ Lemak Manis – Roslan Madun

“140 cucuk satay ayam, kuah kacang dan nasi impit untuk kawan pejabat Korean. Masaklah sedap dan istimewa sikit sebelum Ramadhan minggu depan. Haha.

“Alhamdulillah, semua suka satay ayam dan kuah kacang. Katanya padu macam nasi Lemak. Kali ini ramai yang join sebab dah start testing. Enjoyyyy!” ujarnya di ruangan kapsyen.

Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 1.8 juta tontonan dan mendapat lebih 160,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Bangga jadi orang Malaysia!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kerajinan Fikri serta meluahkan rasa bangga dia memperkenalkan makanan kegemaran rakyat Malaysia kepada orang luar yang secara tidak langsung dapat mempromosikan juadah tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Masak lagi juadah Malaysia untuk orang Korea

Bahkan, netizen turut berharap agar Fikri tidak jemu untuk terus memasak makanan Malaysia untuk rakan-rakan sekerjanya dan mendoakan agar urusannya dalam mencari rezeki di Korea Selatan sentiasa dipermudahkan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Fikri Akram