Netizen Berkampung Di Komen, Nama Ruhainies Dipetik Dakwaan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz?

Entertainment
9 Mar 2024 • 7:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aliff aziz

Awal pagi ini, dunia seni hiburan dikejutkan dengan kes khalwat melibatkan seorang pelakon lelaki berstatus suami orang dengan seorang pelakon wanita popular.

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Lapor sumber Harian Metro, pasangan selebriti yang ditangkap itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama.

Pelakon wanita itu pula merupakan adik kepada seorang selebriti dan pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa artis sebelum ini.

image is not available

Dakwaan mengatakan suami orang yang terlibat adalah Aliff Aziz selepas isterinya, Bella Astillah dilihat hadir ke pejabat agama jam 2.30 pagi.

Di Instagram, netizen mula berkumpul di ruangan komen memetik nama Ruhainies mendakwa kononnya pelakon terbabit terlibat dalam penangkapan itu.

Nama Ruhainies kena petik

image is not available

image is not available

Dakwaan ini timbul ekoran beberapa hantaran di Instagram Story memaparkan pelakon terbabit sedang menjalani penggambaran bersama Aliff Aziz.

Netizen minta penjelasan

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, netizen mula menyerang mempersoalkan adakah benar dia pelakon yang terlibat. Mereka mahu Ruhainies memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya daripada dakwaan berat tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu respon daripada tuan badan sendiri.

Kredit: Harian Metro | Instagram Bella Astillah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.