Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka

17 Jul 2023 • 1:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Cita rasa food court tapi harga standard hotel 5 bintang

Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka. Semalam media sosial dihebohkan dengan sebuah perkongsian oleh individu di Facebook.

Menurut perkongsian individu itu, beliau terkejut dikenakan cas sehingga RM 330 untuk 12 hidangan nasi campur di salah sebuah gerai makanan laut yang bertapak di Medan Selera Lundu.

Apa yang menyedihkan, hidangan yang diambil hanyalah sekadar nasi campur tetapi harga yang ditawarkan pula tidak masuk akal sehingga nasi campur tersebut digelar sebagai ‘nasi kayangan’ oleh netizen.

image is not available
Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka. Kredit: Facebook

Berdasarkan perkongsian individu itu, salah satu hidangan yang diambil hanyalah nasi putih, dua ekor udang galah bersaiz sederhana dan sayur midin. Tetapi, harga yang dikenakan sangat tidak masuk akal iaitu RM 41 untuk sepinggan hidangan itu.

image is not available

Menariknya, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang sama di mana dia turut dikenakan cas yang mahal oleh kedai tersebut.

image is not available

Selepas perkongsian itu tular, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap individu tersebut. Mereka merasakan bahawa tindakan peniaga tersebut tidak adil dan harga hidangan yang ditawarkan terlalu cekik darah.

Susulan itu, beberapa netizen dikatakan mula berkongsi niat untuk memboikot gerai-gerai yang berniaga di sekitar medan selera itu.

Ibarat ‘gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Itulah yang dirasai oleh seluruh peniaga yang berniaga di medan selera itu apabila mereka diboikot oleh pelanggan.

image is not available

Reaksi netizen ini telah mengejutkan para peniaga di Medan Selera Lundu apabila mereka berhadapan dengan ancaman boikot daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.

Kini, para peniaga berasa sedih dengan keputusan netizen untuk tidak lagi membeli makanan di tempat di situ.

Menurut salah seorang peniaga di Medan Selera Lundu, mereka sekeluarga merasa terkesan akibat daripada ‘kontroversi’ itu sehingga isu tersebut sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan gerai makanan mereka.

image is not available

Tambah netizen, sekiranya perkara ini masih berulang, pelanggan boleh membuat laporan kepada pihak KPDNHEP.

image is not available

Aduan boleh dibuat menerusi aplikasi whatsapp di talian 019-2794317.

Pengadu hanya perlu sertakan nama, harga barang serta lokasi bagi memudahkan pihak KPDNHEP mengambil tindakan.

Baca lagi artikel menarik: