Netizen Buka Mata, Kini Nampak Kenapa Shuib Pilih Watie Jadi Isteri – “Jeles, Merajuk Sampai Nangis”

Entertainment
13 Jul 2023 • 3:43 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada pelawak, Shuib mencuri tumpuan ramai apabila berkongsi video anak tirinya Ariq Matin merajuk kerana Watie hanya melayan kakaknya, Dzahira Talita Zahra.

Dalam video itu, Ariq Matin menangis kerana menyangka Watie tak memberi perhatian kepadanya sebagaimana Talita. Ianya berpunca daripada video Watie menyanyi bersama Talita di dalam kereta.

Berasa terhibur, Watie hanya ketawa sambil menyakat Matin yang tak dapat menerima alasan yang diberikannya.

Di ruangan komen, orang ramai mula terbuka hati menerima Watie di dalam hidup Shuib. Mereka kini mengakui Watie dapat menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anak tirinya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta kan?

Kredit: Instagram Watie Hanifiah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.