Netizen dakwa nampak ‘baby bump’, Hanis Zalikha hamil anak ketiga?

6 Dec 2023 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan usahawan Hanis Zalikha didakwa hamil anak ketiga selepas dilihat memperagakan baju kaftan jenama keluarannya #BarbieXCakenis.

Menerusi satu perkongsian di Instagram anaknya, Hanis sedang memperagakan pakaian berona merah jambu itu bersama cahaya matanya Alisa Aisyah.

Hanis Zalikha hamil anak ketiga?

Walaupun baju kaftan yang dipakai longgar, namun perut pelakon berusia 33 tahun itu kelihatan ‘berisi’ sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminatnya teruja dan gembira melihat perut Hanis yang nampak seperti mempunyai ‘baby bump’.

Betul ke ni, nampak ada ‘baby bump’

image is not available

Mengandung ke?

image is not available

‘Baby bump’ la

image is not available

Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir individu mendoakan yang terbaik buat Hanis sekiranya benar pelakon tersebut sedang melalui proses kehamilan.

Macam ada sesuatu je…

image is not available

Semoga yang baik-baik saja!

image is not available

Sementara itu, ada juga warganet meluahkan rasa teruja kerana Alisa yang kini berusia empat tahun akhirnya akan menjadi kakak.

Alisa akan jadi kakak??

image is not available

Alisa nak jadi kakak!

image is not available

Rasa macam Alisa akan jadi kakak

image is not available

Walau bagaimanapun, buat masa sekarang Hanis belum membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan bahawa dirinya sedang berbadan dua.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan aktor Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa.

Sumber: Instagram thealisaaisyah