Netizen dakwa Neelofa hamil anak ketiga? -“Macam nampak baby bump je..”

LocalEntertainment
27 Aug 2024 • 9:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Hamil anak ketiga

Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan netizen apabila dia didakwa kini hamil anak ketiga selepas melihat bentuk badannya yang lebih berisi menerusi sebuah foto.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, ada segelintir individu mendakwa penampakan baby bump pada bahagian perutnya meskipun usahawan yang berusia 35 tahun itu memakai jubah potongan longgar.

Hamil anak ketiga

image is not available

Netizen ucap tahniah

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, peminat menzahirkan ucapan tahniah buat bekas pengacara rancangan MeleTOP itu walaupun Neelofa sendiri belum mengesahkan berita kehamilan tersebut kepada umum.

Hamil anak ketiga

image is not available

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.

Sumber: Instagram @Neelofa