Netizen Geli Hati Sekumpulan Anti-KK Mart ‘Tersalah’ Kedai Semasa Buat Protes

25 Mar 2024 • 12:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Video protes KK Mart di hadapan 99 Speedmart tular di media sosial

Netizen Geli Hati Sekumpulan Anti-KK Mart Tersalah Kedai Semasa Buat Protes. Kemarahan orang ramai terhadap isu jualan stoking yang tertera kalimah Allah di kedai KK Mart terus berterusan.

Baru-baru ini, satu hantaran tular yang memaparkan satu kumpulan membuat protes dalam kalangan netizen.

image is not available
Netizen Geli Hati Sekumpulan Anti-KK Mart ‘Tersalah’ Kedai Semasa Buat Protes. Sumber: Laman X

Berdasarkan plakad yang dijulang, protes itu dipercayai dilakukan terhadap KK Mart. Namun, protes itu sebenarnya dilakukan di hadapan sebuah kedai lain iaitu 99 Speedmart dan bukannya di kedai KK Mart itu sendiri.

Video asal dimuat naik menerusi Instagram Story @amsyar.bundle dan dikongsi semula di laman X.com @AdwinWidanta.

Kejadian boikot di kedai yang ‘salah’ buat netizen berdekah, namun pelbagai andaian daripada netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah dengan kejadian tersebut. Dalam pada itu, pelbagai andaian juga dikemukakan oleh netizen mengapa protes itu dilakukan di kedai yang salah.

Ada yang mendakwa kemungkinan tiada cawangan KK Mart berdekatan di kawasan tersebut. Manakala ada juga komen yang menyatakan bahawa hanya ruang di hadapan 99 Speedmart itu sesuai untuk berkumpul dan membuat protes.

Boikot KK Mart berterusan walaupun pengasas sudah minta maaf

Sebelum ini, walaupun pengasas KK Mart telah memohon maaf dan meminta orang ramai tidak memboikot perniagaannya, serangan daripada rakyat Malaysia masih berterusan.

Aplikasi KK Mart juga telah digodam pada Jumaat lalu dan menunjukkan mesej ‘Amaran Terakhir’. Namun, aplikasi itu telah kembali berfungsi seperti biasa selepas pukul 10.15 pagi tanpa sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

Sementara itu, kes berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah itu telah dirujuk pihak polis kepada Pejabat Peguam Negara untuk siasatan lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan: