Netizen Geram Cara ‘Si Bulu’ Cuba ‘Cover Line’ Lepas Koyakkan Duit Tuan – “Ingat Dia Pusing Tu Orang Tak Tau Ke?”

16 Feb 2024 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Siapa tak sedih kan kalau duit koyak? Tapi, macam mana pula kalau ia dikoyakkan oleh ‘entiti’ yang comel dan kita sayang sangat.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini yang berkongsi tentang insiden menyedihkan tersebut di akaun TikTok.

 

Habis terkoyak duit

Menerusi rakaman yang tular itu, wanita bernama Husna tersebut telah berkongsi situasi di mana duit kertas RM20 miliknya terkoyak dengan kesan carik.

Sambil mengutip cebisan nota yang sudah terkoyak itu, Husna mengalihkan kamera di mana suspek utama kemudian kelihatan cuba untuk berlakon seolah-olah tiada apa berlaku.

 

Ingat orang taktau ke dia buat?

Sedih duit terkoyak tetapi siapa sanggup marah kucing kan? Video itu menjadi gurauan ramai warganet terutamanya pencinta kucing yang berseloroh dengan situasi berkenaan.

Seorang individu bergurau seolah-olah bercakap dengan kucing itu yang tidak pandai ‘cover line’.

Dia ingat dia pusing belah sana orang tak tahu dia punya kerja.

Dalam pada itu, sesetengah warganet berkata mujurlah duit yang dikoyakkan kucing tersebut bernilai RM20 dan bukan ‘warna ungu’ (RM100).

image is not available image is not available image is not available

image is not available 1 month ago

"Dia Duduk Diam, Tenung Je" - Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid, 'Bosco' Si Anjing Bijak & Manja