Netizen Jangka ‘Raya Mengejut’ Lagi Tahun Ini, JAKIM Minta Untuk Tidak Sebar Info Tidak Sahih

4 Apr 2023 • 11:02 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Netizen buat ramalan bakal ada raya mengejut lagi pada tahun ini

Netizen Jangka ‘Raya Mengejut‘ Lagi Tahun Ini, JAKIM Minta Untuk Tidak Sebar Info Tidak Sahih. JAKIM atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengeluarkan kenyataan untuk meminta netizen untuk tidak menyebarkan info yang tidak sahih berkaitan dengan ‘Raya Mengejut’ yang dikatakan akan berlaku lagi tahun ini.

‘Raya Mengejut’ telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pernah terjadi pada tahun lepas. Hal ini malah menjadi kebimbangan lagi sekali di kalangan rakya Malaysia pada tahun ini.

image is not available
Netizen Jangka ‘Raya Mengejut’ Lagi Tahun Ini, JAKIM Minta Untuk Tidak Sebar Info Tidak Sahih

JAKIM telah menegaskan bahawa ramalan tersebut adalah tidak sahih

Sehinggakan ada yang berpendapat bahawa tahun ini kebarangkalian ianya bakal berulang lagi setelah melihat kalendar dalam aplikasi. Namun, JAKIM telah menegaskan bahawa ramalan tersebut adalah tidak sahih dan tidak berasaskan dalil syarak.

JAKIM turut memberi amaran bahawa penyebaran maklumat yang tidak sahih dan tidak berasaskan dalil syarak boleh membawa implikasi negatif kepada masyarakat.

image is not available

image is not available
Sumber: JAKIM

Tindakan menyebarkan maklumat yang tidak sahih boleh memberi kesan buruk kepada orang lain

Oleh itu, mereka menggesa agar netizen tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih tanpa mengesahkan terlebih dahulu sumbernya.

Sebagai masyarakat yang beragama, kita perlu memastikan maklumat yang kita terima dan sebarkan adalah benar dan berasaskan dalil syarak. Tindakan menyebarkan maklumat yang tidak sahih boleh memberi kesan buruk kepada orang lain dan memudaratkan masyarakat secara keseluruhan.

Kita juga perlu menghormati dan mengambil peduli kepada keselamatan masyarakat dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak berasaskan dalil syarak atau tidak dapat dipercayai.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: