Netizen Kesal Ibu Bapa Tak Peka, Beri Anak Kecil Makan Tiramisu Berkafein – “Kau Suap Terang-Terang Ada Coffee”

Family & Parenting
17 Jun 2025 • 5:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam kalangan masyarakat masa kini, kek tiramisu semakin mendapat tempat sebagai pencuci mulut pilihan ramai.

Dengan rasa lemak berkrim, gabungan kopi dan keju mascarpone yang mewah, kek ini bukan sahaja digemari golongan muda malah turut menjadi kegemaran seisi keluarga.

image is not available

gambar hiasan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads yang memaparkan luahan seorang individu yang kesal apabila melihat ada segelintir ibu bapa memberikan kek tiramisu kepada anak kecil mereka.

Seperti yang diketahui, kek tiramisu mengandungi kadar kafein yang agak tinggi berbanding kek perisa lain kerana ia menggunakan biskut lady fingers atau kek span yang dicelup dalam bancuhan kopi.

image is not available

gambar hiasan

Individu tersebut menegaskan, walaupun tiramisu merupakan kek yang popular dan digemari ramai, ibu bapa sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya memberikan manisan ini kepada anak kecil yang masih belum sesuai mengambil kafein.

Sebagai ibu bapa, boleh ada common sense sikit tak?

 

Kau suap toddler tiramisu yang terang-terang ada coffee.

image is not available

 

Dia turut menegaskan bahawa ibu bapa yang memberikan tiramisu kepada anak kecil perlu lebih peka dan mengambil tahu tentang jenis makanan yang sesuai untuk umur dan tahap kesihatan anak-anak mereka.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir pihak yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana kafein sememangnya tidak bagus untuk kanak-kanak.

image is not available

image is not available

Namun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan pemberian sesuatu jenis makanan kepada anak kecil bergantung kepada keputusan ibu bapa mereka.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 4 weeks ago

Kek Tiramisu 'Mendonia'! Ini 5 Cafe 'Viral' Yang Korang Boleh Cuba - "Gerenti Puas Hati!"

View Original Article