Netizen Kesal Ramai Warga Malaysia ‘Permain’ Isu Tsunami Di Jepun – “Ultraman Tak Sempat Tolong”

31 Jul 2025 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ketika sebuah media tempatan menyiarkan live update mengenai amaran tsunami di Jepun baru-baru ini, ramai penonton tampil mendoakan keselamatan rakyat negara tersebut. Namun, suasana serius siaran itu sedikit tercalar apabila ruangan komen dibanjiri jenaka tidak sensitif.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah “Ultraman tolong lah”, “Doraemon mana?” dan “Ni sebab banyak sangat tengok kartun Jepun la ni,” yang dianggap tidak wajar memandangkan tragedi sebenar sedang mengancam nyawa.

image is not available

Seorang pengguna Threads tampil menegur,

Bang, benda tak jadi dekat kita lagi. Baik doa yang elok-elok lah. Kalau jadi dekat kita, makan pun tak habis bro.

Insiden ini mengundang perbincangan tentang sensitiviti rakyat Malaysia di ruang media sosial iaitu “Adakah kita terlalu terbiasa melawak hingga hilang empati?”

image is not available

Ketika bencana melanda, jenaka tak kena tempat boleh melukakan. Kadang-kadang, diam dan doa itu lebih besar maknanya daripada sebaris komen lucu yang tak membantu sesiapa.

image is not available 2021-12-25 11:07:31

Fizi Ali Jadi Sukarelawan Banjir, Kongsi Keadaan Bencana Umpama Tsunami Kecil