Netizen Korek Kenyataan Lama Ustazah Siti Afifah, Kali Ini Libatkan Orang Yang Suka Minum Susu Pula

Entertainment
14 Nov 2022 • 8:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tak perlu lagi rasanya Ohmedia jelaskan siapa Ustazah Siti Afifah ni yang sering menjadi topik panas dan menarik perhatian ramai berbanding isu Caprice beberapa hari ni.

Namun, tak cukup dengan isu mendayuskan para suami, netizen dilihat cuba mengorek segala perkongsian ilmu yang pernah dikeluarkan olehnya. Dalam satu perkongsian di TikTok, Ustazah Afifah dilihat mengeluarkan kenyataan tentang mereka yang suka minum susu secara berlebihan.

Ramai orang tak tahu kata Ustazah Afifah

Ramai orang tidak tahu antara punca kutu ialah minum susu yang berlebihan. – Katanya.

Kejap ustazah, kejap pakar makanan, kejap doktor…

Kenyataan yang dikeluarkan olehnya dilihat membuatkan ramai rasa keliru dan tidak jelas. Rata-rata mempersoalkan kutu apa yang dimaksudkan dan merasakan ia sepatutnya dijelaskan dengan lebih terperinci bagi mengelakkan kekeliruan.

image is not available

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media