Netizen ‘Korek’ Sebab Darah Lagenda Mahsuri Berwarna Putih – “Kami Kat Lab Dapat Sampel Macam Ni, Susah Nak Proses”

LocalHealth & Fitness
10 Aug 2026 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kisah legenda Mahsuri kembali menjadi bualan netizen selepas timbul satu teori yang cuba mengaitkan peristiwa ‘darah putih’ dengan masalah kesihatan yang benar-benar wujud dalam dunia perubatan.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang individu mendakwa Mahsuri mungkin mempunyai Familial Chylomicronemia Syndrome (FCS), iaitu penyakit genetik jarang berlaku yang menyebabkan paras trigliserida dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Advertisement

mahsuri

Seorang lagi individu yang mendakwa bekerja dalam bidang makmal turut berkongsi bahawa keadaan darah yang kelihatan seperti putih boleh ditemui dalam sampel pesakit dengan masalah trigliserida tertentu.

“Bkn leukemia dia ada familial hypertriglyceridemia, kami kat lab masih dpt darah mcmni, darah ni mmg warna putih dan susah sgt nak proses.”

Memang Boleh Nampak Putih, Tapi Bukan Bermaksud ‘Darah Putih’

Dari sudut perubatan, memang ada asas kepada sebahagian dakwaan tersebut. Dalam keadaan chylomicronemia atau hipertrigliseridemia yang sangat tinggi, plasma darah boleh kelihatan keruh atau seperti susu akibat kandungan lemak yang terlalu tinggi.

FCS pula merupakan salah satu punca keadaan tersebut. Pesakit boleh mempunyai paras trigliserida sangat tinggi selain berdepan komplikasi seperti sakit perut, pankreatitis dan eruptive xanthomas.

mahsuri Image from: Netizen ‘Korek’ Sebab Darah Lagenda Mahsuri Berwarna Putih – “Kami Kat Lab Dapat Sampel Macam Ni, Susah Nak Proses”

Cuma kena bezakan satu perkara penting. Apa yang diterangkan dalam sumber perubatan ialah plasma yang mempunyai penampilan seperti susu, bukannya keseluruhan darah manusia secara literal bertukar menjadi putih.

Jadi, Betul Ke Mahsuri Ada FCS?

Yang ini belum boleh dikatakan betul.

Setakat teori yang tular itu, tiada bukti klinikal atau diagnosis yang boleh mengesahkan Mahsuri mempunyai FCS atau familial hypertriglyceridemia. Mengaitkan keadaan tersebut dengan Mahsuri hanya berdasarkan persamaan antara cerita ‘darah putih’ dalam legenda dengan fenomena plasma lipemik dalam perubatan moden.

darah putih

Begitu juga teori bahawa keadaan tersebut menyebabkan kulit menjadi terlalu keras sehingga sukar ditembusi. FCS memang boleh menyebabkan eruptive xanthomas, tetapi sumber perubatan menerangkannya sebagai benjolan kecil pada kulit akibat pengumpulan lipid, bukannya menjadikan keseluruhan kulit seseorang ‘kebal’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Netizen ‘Korek’ Sebab Darah Lagenda Mahsuri Berwarna Putih – “Kami Kat Lab Dapat Sampel Macam Ni, Susah Nak Proses”2026-08-10 10:53:26

Menghilang Tanpa Jejak, Ini Keadaan Terkini Aktivis Fahmi Reza - "Pensel Kena Rampas Ke?"

The post Netizen ‘Korek’ Sebab Darah Lagenda Mahsuri Berwarna Putih – “Kami Kat Lab Dapat Sampel Macam Ni, Susah Nak Proses” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved