Netizen Kurang Senang Dengan Respon Pihak Persekutuan Renang Malaysia Terhadap Kekalahan Pandelela Rinong – “Cakap Senang La”

14 Feb 2024 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low tentang atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong telah mengundang pelbagai kritikan daripada masyarakat.

Terdahulu, Pandelela didakwa berkata terdapat ‘entiti’ yang mengganggu skuad terjun negara sehingga menyebabkan mereka tidak dapat beraksi dengan cemerlang ketika Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

image is not available

 

Hanya alasan untuk tutup kegagalan

Andy bagaimanapun menyifatkan kenyataan diberikan oleh atlet dari Sarawak tersebut hanyalah alasan untuk menutup kegagalannya di kejohanan itu.

Manusia bila gagal, bagi alasan, tolak kiri kanan. Ini orang semua tidak profesional tetapi mahu ambil gaji.

 

Itu anda perlu pergi tanya dia (berkenaan entiti). Setahu saya sebelum kejohanan kita dengannya setiap kali berjumpa, bermesyuarat dan bincang, tanya ada masalah atau tidak. Tidak ada yang hendak cakap.

image is not available

 

Saya tak cakap ada entiti – Pandelela

Pandelela menerusi akaun Instagram telah menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan alasan sebaliknya ‘entiti’ atau tangan ghaib yang dimaksudkan itu adalah soalan wartawan.

Bukan saya yang ajukan. Tapi wartawan yang tanyakan soalan tersebut. Saya cakap tak adalah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@pandelela)

Pandelela turut berkata dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh seperti yang diterbitkan oleh media baru-baru ini.

Sejujurnya juga, saya sangat kecewa kerana saya tidak meberikan alasan pun atas kekalahan kali ini. Tapi media tanya, saya terpaksa jawab. Namun tidak beri penjelasan terperinci.

image is not available

 

Netizen kritik tak hargai atlet

Sementara itu, di media sosial pula ramai warganet yang mengkritik Andy dan pihak MAS kerana seperti tidak menghargai atlet.

Kata mereka, atlet Malaysia ini hanya akan dijulang apabila pulang dengan piala, trofi atau pingat sebaliknya jika tiada kemenangan mereka tidak dihargai.

image is not available image is not available image is not available image is not available