Netizen luah teruja, tak sangka Anwar Ibrahim rupanya penyokong Manchester United

LocalFootball
9 Apr 2025 • 12:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa teruja apabila kelab bola sepak terkenal, Manchester United bakal berkunjung ke Malaysia buat pertama kalinya dalam tempoh 16 tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anwar di Insta-Storynya, beliau mendedahkan perkembangan terkini berkenaan perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 28 Mei ini.

Penyokong Manchester United

image is not available

“Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU,” tulisnya sambil diiringi lagu keramat Manchester United berjudul Glory Glory Man United.

Apa yang menarik perhatian ramai, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengakui beliau adalah penyokong kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu.

Penyokong Manchester United

image is not available

“Saya sokong ASEAN, tapi saya juga penyokong Machester United (MU). Kalau gol, nak sorak yang mana?” soalnya menerusi sebuah komen di hantaran rasmi kelab terbabit.

Tak sangka PM penyokong Manchester United!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan tidak menyangka Anwar salah seorang penyokong kelab gergasi tersebut.

image is not availableimage is not available

Sokong dua-dua lah Datuk!

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, kali terakhir Manchester United turun ke Malaysia adalah pada 2009, dalam siri jelajah pramusim. Ketika itu, mereka berjaya menewaskan Malaysia XI dua kali, dengan keputusan 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Dalam kenyataan terbaru, juara Eropah tiga kali itu mengesahkan bahawa mereka akan kembali ke Asia untuk jelajah pascamusim, termasuk perlawanan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Ini juga menandakan kembalinya Manchester United ke Asia selepas kemenangan besar 4-0 ke atas Liverpool di Bangkok pada Julai 2022. Kali terakhir United jejakkan kaki ke Hong Kong adalah pada 2013.

Selepas jelajah Asia, Manchester United akan bertemu Leeds United di Stockholm pada 19 Julai, dan kemudian mereka akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk Siri Musim Panas Liga Perdana, di mana mereka akan menentang West Ham United pada 26 Julai, Bournemouth pada 30 Julai, dan Everton pada 3 Ogos.