Netizen Mahu Bantu Bayar Ikat Jamin Abang Bas, Ramai Setuju Cadangan Kutip RM1 Seorang

LocalOpinion
11 Sep 2024 • 2:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nasib yang menimpa seorang pemuda, dikenali sebagai ‘Abang Bas’, menarik simpati ramai netizen selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas dua pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Disebalik ramai yang mengecam tindakannya itu, ada juga yang tersentuh melihat pemandu bas berusia 24 tahun itu menangis ketika merayu ikat jamin.

Di TikTok, netizen mula meluahkan hasrat untuk membantu, termasuk mencadangkan kutipan dana bagi meringankan beban Abang Bas.

Salah seorang pengguna TikTok mencadangkan agar semua menyumbang RM1 untuk membantu pemuda itu membayar ikat jamin yang ditetapkan sebanyak RM30,000.

Jom semua kita kutip RM1 seorang tolong Abang Bas.- Tulis seorang pengguna TikTok, yang mendapat sokongan ramai.

image is not available

Netizen juga berharap keluarga Abang Bas membuka tabung sumbangan rasmi bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

image is not available

image is not available

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok