Netizen mahu boikot Nubhan Ahamad, disingkirkan dari program TV -“Tak ada hati perut”

LocalEntertainment
30 Dec 2025 • 5:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan penyanyi, Nubhan Ahamad yang didakwa mengeluarkan barangan peribadi milik bekas isteri dan anak-anak tanpa pengetahuan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Gerakan memboikot Nubhan Ahamad rancak di Threads

Menerusi tinjauan di media sosial, gerakan memboikot Nubhan dilaporkan semakin rancak terutamanya di platform Threads, dengan ramai mendesak agar penyanyi itu disingkirkan daripada program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12).

image is not available

Anggap tindakan Nubhan Ahamad tak berperikemanusiaan

Rata-rata netizen menganggap tindakannya tidak berperikemanusiaan, terutama ketika bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, bersama tiga anak mereka berada di luar negara.

 

image is not available

“Tolong singkirkan dia”

image is not available

Boikot macam seorang pelawak curang dulu

image is not available

Artikel lain: Nubhan tak boleh suka-suka pecah masuk rumah, Dr Fie akan buat laporan polis!

Dalam masa yang sama, akaun Instagram Nubhan turut dibanjiri komen kecaman daripada orang ramai yang mendesak agar penyanyi itu tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Dr. Afifah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa barangan peribadi miliknya dan anak-anak telah dikeluarkan daripada kediaman mereka tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

Kejadian itu berlaku ketika beliau berada di luar negara, sekali gus membuatkan dirinya terkejut dan terkilan dengan tindakan bekas suami yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr. Afifah turut mendedahkan bahawa pemberian Nubhan sebelum ini, termasuk rumah dan klinik, didakwa sekadar dijadikan kandungan media sosial.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan disahkan bercerai talak dua pada awal Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: Threads