Netizen Marah Daging Goreng Anak Anjing Dijual Di Sibu, Tetapi Ini Kisah Sebenarnya

11 Jul 2022 • 10:25 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jual daging anak anjing pada harga RM 22 sebungkus.

Netizen Marah Daging Goreng Anak Anjing Dijual Di Sibu, Tetapi Ini Kisah Sebenarnya. Baru-baru ini tular di media sosial Facebook, satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang individu yang menjual daging anak anjing di Sibu.

Individu tersebut tanpa segan silu telah ‘menjual’ daging anak anjing yang telah siap digoreng itu dengan harga RM 22. Adakah ini satu kebiasaan di Sibu?

image is not available

Hantaran tersebut kemudiannya dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association dengan gesaan agar siasatan dibuat terhadap peniaga serta aktiviti penjualan terbabit.

Persatuan itu juga menegaskan bahawa penjualan haiwan yang bukan bertujuan untuk dimakan adalah sesuatu yang mesti dihalang bagi mengelakkan penularan penyakit zoonotik atau penyakit berjangkit yang lain akibat bawaan kuman atau virus.

image is not available
Netizen Marah Daging Goreng Anak Anjing Dijual Di Sibu, Tetapi Ini Kisah Sebenarnya. Sumber: FB Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

“Boleh jadi pandemik lagi kalau berterusan jualan macam ni,” – Netizen

Berdasarkan komen-komen netizen, rata-rata mereka marah dengan tindakan individu berkenaan dan berharap agar pihak berkuasa menyiasat individu berkenaan berhubung tindakannya menjual daging anak anjing goreng.

image is not available

Rupa-rupanya…

Walau bagaimanapun, dalam ruangan komen, seorang netizen telah membongkar bahawa hantaran di Facebook group tersebut adalah hantaran palsu.

Sebaliknya, gambar tersebut sebenarnya diambil daripada sebuah Facebook dan merupakan tupai yang dijual di Pasar Tamu Kanowit berdasarkan promosi sebuah Facebook yang bernama D’Liak Food.

Tak baik betul buat cerita tak betul macam ni.

image is not available

image is not available

Meskipun hantaran tersebut adalah palsu, orang ramai tetap digesa untuk melaporkan sebarang kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Rabies, penyakit bawaan anjing masih lagi belum berakhir di Sarawak. Baca artikel berkaitan di sini: