Netizen Persoal Fokus Syed Saddiq Dalam Politik – “Makin Mabuk Dunia Retis”

EntertainmentPolitics
7 Aug 2025 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi sasaran kritikan netizen selepas didakwa sering muncul dalam program dan aktiviti berunsur hiburan kebelakangan ini.

Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa, menyifatkan pemimpin muda seperti Syed Saddiq sepatutnya fokus kepada tanggungjawab politik dan bukan terlalu asyik dengan dunia selebriti.

Ahli politik patut fokus pada rakyat. Ini makin lama makin mabuk dunia retis.

image is not available

Menurutnya lagi, golongan muda sebelum ini diharapkan menjadi alternatif kepada ahli politik lama yang dianggap gagal. Namun, apabila pemimpin muda pula kelihatan lebih aktif dalam dunia hiburan, kepercayaan rakyat semakin luntur.

Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dan menganggap ia merosakkan imej pemimpin, manakala segelintir mempertahankan Syed Saddiq sebagai individu yang cuba mendekati belia dengan cara lebih santai.

image is not available 2025-07-27 16:09:59

Bella Astillah Bahagia Dengan Syed Saddiq, Ini Respon Aliff Aziz - "Sudah Memadai"