Netizen persoal foto Bella Astillah tiada di IG ibu Syed Saddiq? – “Gambar dengan wanita tu ada..”

LocalEntertainment
3 Nov 2025 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila warganet mempersoalkan hubungan diantara pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Menerusi pemerhatian di Threads, wargamaya mendapati Sharifah Mahani tidak pernah memuat naik hantaran foto bersama Bella menyebabkan timbul tanda tanya berkenaan hubungan mereka yang sering dilihat mesra di media sosial.

Foto Bella tiada di Instagram?

image is not available

“Saya dah stalk IG mama Syed Saddiq, gambar Bella tiada cuma ada gambar dengan staf tu sahaja,” ciapan netizen.

Bagaimanapun, muncul spekulasi apabila netizen mendapati terdapat seorang wanita dikenali sebagai Ami Ilana yang sering muncul dalam perkongsian Sharifah Mahani di Instagram.

image is not available

“Aku baru perasan IG mama YB memang penuh muka perempuan itu dan Bella tak update langsung fasal YB punya ironman,” kongsi peminat.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya mula mendakwa Bella bukannya calon pilihan dan ada juga yang meluahkan rasa simpati sekiranya penyanyi itu dikecewakan sekali lagi.

Wanita tu dia follow, Bella dia tak follow?

image is not available

Orang baik selalu disakiti?

image is not available

Harap tak kena khianat lagi

image is not available

Terdahulu, Syed Saddiq berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi dengan catatan masa di bawah 13 jam.

Syed Saddiq mencatat masa 12 jam 22 minit sekali gus meraih sumbangan RM1 juta bagi penduduk di bawah Parlimen Muar.

Sumber: Threads prvtelyfe__