Netizen persoal tindakan guru geledah beg sekolah, makan vitamin dibawa murid

19 Jun 2023 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular satu video memaparkan tindakan seorang wanita dipercayai guru di sebuah sekolah swasta menghasilkan konten dirinya sedang memeriksa beg sekolah tanpa murid-murid di dalam kelas.

Video itu dimuat naik akaun @amuse_gueule di laman Twitter meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil cakna berhubung tindakan guru tersebut kerana membabitkan profesionalisme sebagai pendidik.

Rakam geledah beg sekolah

image is not available

“Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, saya menerima video ini melalui WhatsApp. Guru memeriksa barangan murid dalam beg dan memuat naik video di media sosial.

“Saya tak tahu nama akaunnya di TikTok tetapi guru itu memakai lanyard sekolah tersebut,” tulis @amuse_gueule dalam satu ciapan hari ini.

Rakaman berdurasi hampir satu minit itu memaparkan guru berkenaan memeriksa beberapa beg murid sebelum mengeluarkan barang yang ada di dalamnya seperti kotak pensel, bekas makanan, buku latihan dan sebagainya.

Guru terbabit juga dilihat mengeluarkan bungkusan produk vitamin kanak-kanak sebelum mengambil dua ketul ‘gummies’ untuk dikunyah.

image is not available

Mengulas lanjut, @amuse_gueule mendakwa tindakan guru itu melanggar kod etika apatah lagi memuat naik video ke media sosial tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga murid.

Hampir setiap video dia ada muka murid

image is not available

Perlu dapat keizinan ibu bapa

image is not available

Ciapan berkenaan menerima 2,480 tanda suka dan diulang kicau lebih 2,400 kali selain pelbagai reaksi netizen yang mempersoalkan tindakan guru terbabit.

Kalau ‘spot check’, murid kena ada situ

image is not available

Berapa banyak la dia dapat duit dari TikTok?

image is not available

Ramai pengikut, sekolah tak kisah kot sebab ‘influencer’?

image is not available

Suka hati je makan gummies murid

image is not available

Kurang beradab, langgar privasi?

image is not available

Dia popular tapi tindakan ini salah

image is not available

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu membuat spekulasi bahawa video konten tersebut adalah sebahagian daripada strategi bagi mempromosikan jenama produk vitamin kanak-kanak yang dikunyah guru berkenaan.

Iklan kan ni?

image is not available

Macam buat reviu je?

image is not available

Nampak macam lakonan…

image is not available

Nampak sangat video dibayar?

image is not available

Namun begitu, guru yang memiliki 1.5 juta pengikut di TikTok itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tindakannya yang tular dalam kalangan netizen Twitter.

Sumber: TikTok @amuse_gueule