Netizen Persoal Tindakan MP Pagoh Buat ‘Open House’ Di Kuala Kubu Bharu

Politics
29 Apr 2024 • 1:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Netizen persoal tindakan MP Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang membuat ‘open house’ atau rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB.

Menerusi satu perkongsian di X, @faizalriduan telah memuat naik poster jemputan daripada Muhyiddin yang juga merupakan Presiden Bersatu ke rumah terbuka Aidilfitri yang berlangsung di Kuala Kubu Bharu (KKB).

Netizen persoal MP Pagoh buat ‘open house’ Di Kuala Kubu Bharu

Hantaran daripada Faizal itu dibuat untuk membalas satu perkongsian @RMalanjum_ yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang juga membuat majlis rumah terbuka di KKB.

Menurut Faizal, sepatutnya tindakan Muhyiddin melaksanakan majlis rumah terbuka di KKB juga dipersoalkan kerana dia merupakan Ahli Parlimen (MP) Pagoh.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

“Sekurang-kurangnya dia MB Selangor. Ini sudah kenapa Ahli Parlimen Pagoh, Johor pun nak buat rumah terbuka sejahu 250km ke Kuala Kubu Bharu, Selangor?” katanya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang menyokong persoalan daripada Faizal itu disamping mempersoalkan bagaimana parti Bersatu menerima dana untuk melangsungkan majlis itu.

Dua-dua sama

image is not available

2×5 je

image is not available

Bersatu masih baru, mana dapat dana?

image is not available

Kata kewangan tak ok, macam mana Bersatu dapat buat majlis ni

image is not available

Namun begitu, ada juga warganet yang berkata Bersatu menggunakan dana sedia ada parti manakala MB Selangor pula menggunakan dana yang diterima daripada kerajaan.

Pakai duit parti dengan duit kerajaan tu beza

image is not available

Kerajaan pakai duit rakyat untuk buat banyak benda

image is not available

Ikut dorang la nak buat apa!

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang memilih untuk berada di ‘atas pagar’ yang mana mereka tidak menyokong mana-mana parti namun berpendapat tiada masalah rumah terbuka itu dijalankan.

Tak nampak salah pun

image is not available

Untuk orang biasa, nampak biasa je ni. Undi nanti, tu cerita lain

image is not available

Sekadar info, PRK KKB telah membuka tirai dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada Sabtu.

Sumber: X @faizalriduan