Netizen Pertikai Bunga Dipilih Buat Pembukaan Konsert Coldplay

Music
13 Jun 2023 • 3:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui kumpulan penyanyi luar negara, Coldplay bakal mengadakan persembahan di negara kita tak lama lagi. Tapi, dengar cerita Bunga telah dipilih bagi membuat persembahan pembukaan, betul ke?

Berita itu telah disampaikan oleh Bunga sendiri menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

Persembahan oleh Bunga

image is not available

Menurut gambar yang dimuat naik itu, difahamkan ini merupakan kali pertama penyanyi tersebut mendapat peluang membuat persembahan di hadapan ribuan orang ramai.

Sejujurnya, ini performance event yang paling besar buat Bunga yang melibatkan puluhan ribu orang. Insa Allah, team bunga dan Bunga sendiri akan buat yang terbaik, akan usaha lebih baik untuk yang terbaik.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen di luar sana yang mempertikaikan pemilihan penyanyi tersebut dan dianggap sebagai tidak relevan.

image is not available

image is not available

Agaknya, apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media