Netizen Petik Isu Dengan Sharnaaz Ahmad, Tuduh Syada Amzah Kena Kifarah Sebab Lantang

Entertainment
10 Apr 2023 • 2:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
syada amzah

Anak kepada Dato’ ND Lala iaitu Syada Amzah menyelar seorang individu yang meninggalkan komen mengaitkan isu peribadinya kini dengan aktor, Sharnaaz Ahmad.

Individu tersebut mendakwa apa yang berlaku kepada Syada dan keluarga kerana sikapnya yang terlalu lantang ‘mengata’ pelakon tersebut.

Netizen tuduh Syada Amzah kena kifarah

image is not available

Adik kepada Shila Amzah ini bagaimanapun tak bersetuju dan berkata dia tak akan meminta maaf atau tarik balik kata-kata yang bertujuan untuk mempertahankan keluarganya.

“Tak pernah fitnah, saya bagitahu fakta” – Syada

image is not available

image is not available

Katanya lagi, kifarah memang wujud tetapi apa yang berlaku kepadanya bukanlah disebabkan isu tersebut.

Syada juga menegaskan dia tak pernah menfitnah, sebaliknya hanya menyatakan fakta yang dikukuhkan dengan bukti.

image is not available

Dalam pada itu, seorang netizen lain menasihati Syada yang dianggap terlalu ‘terbuka’ berkongsi isu keluarga. Dia menasihati penyanyi lagu Hasrat itu supaya belajar untuk berkias dalam berkata-kata.

Terdahulu, anak bongsu daripada empat beradik ini menulis surat terbuka mengucapkan selamat hari jadi dan selamat hari raya buat bapanya.

Tindakan itu dibuat kerana dia tak mempunyai akses untuk berhubung dengan bapa. Malah, Syada mendedahkan bapanya telah memilih untuk pergi daripada hidup mereka.

Kredit: Instagram Syada Amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.