Netizen Puas Hati, Bapa Serang Pengasuh Dera Anaknya Di Sabah Pula Tular

11 Aug 2023 • 12:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rakaman CCTV kanak-kanak didera pengasuh di meja makan tular

Netizen Puas Hati, Bapa Serang Pengasuh Dera Anaknya Di Sabah Pula Tular. Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak didera di sebuah taska telah menjadi viral dan mengejutkan ramai.

Video berdurasi dua minit 12 saat itu memperlihatkan seorang wanita yang bertindak dengan kejam terhadap seorang kanak-kanak.

image is not available
Netizen Puas Hati, Bapa Serang Pengasuh Dera Anaknya Di Sabah Pula Tular

Dalam keadaan marah, bapa tersebut mencekik dan menampar wanita yang didakwa telah menyakiti anaknya.

Dengan tindakan menendang, menarik rambut, menolak, dan memukul kepala kanak-kanak dengan menggunakan buku, ia telah menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Susulan berikut, video seterusnya yang tular memaparkan bapa kepada kanak-kanak tersebut yang bertindak menyerang pengasuh di taska berkenaan. Dalam keadaan marah, bapa tersebut mencekik dan menampar wanita yang didakwa telah menyakiti anaknya.

image is not available

Terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan

Netizen dengan pantas mengecam tindakan kejam pengasuh tersebut. Banyak yang merasa simpati terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah dan berang dengan tindakan pengasuh yang tidak berperikemanusiaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris, mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap bapa kanak-kanak tersebut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

image is not available

image is not available

Taska perlu memastikan semua kakitangannya mempunyai latihan yang cukup dan mematuhi standard keselamatan yang ketat. Hanya dengan itu, kita boleh memastikan anak-anak kita selamat.

image is not available

Jika anda terlepas artikel sebelum nya, boleh baca di bawah: