Netizen Puas Hati Lihat IPD Samarahan Tahan Pemandu Lawan Arus Di Aiman Mall

19 Jul 2022 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Akhirnya pihak polis mengambil tindakan

Netizen Puas Hati Lihat IPD Samarahan Tahan Pemandu Lawan Arus Di Aiman Mall. Perbuatan melawan arus di jalan raya adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Menerusi perkongsian milik Sarawak Roads Updates, telah tular satu perkongsian gambar di mana kenderaan di kawasan simpang empat depan Aiman Mall telah ditahan oleh pihak Polis.

image is not available
Netizen Puas Hati Lihat IPD Samarahan Tahan Pemandu Lawan Arus Di Aiman Mall

Kenderaan sering melawan arus di kawasan ini

Menerusi ruangan komen, difahamkan juga bahawa kenderaan sering melawan arus kawasan tersebut untuk dijadikan jalan pintas untuk ke Aiman Mall dari kawasan Desa Ilmu lama (kawasan Bank Islam).

Setelah isu melawan arus di depan Aiman Mall ini sering berulang dan dipandang enteng oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab, akhirnya pihak polis mengambil tindakan dengan menahan beberapa buah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

image is not available
Netizen Puas Hati Lihat IPD Samarahan Tahan Pemandu Lawan Arus Di Aiman Mall. Kredit gambar: FB Sarawak Roads Update

Harap pemandu yang lain untuk hentikan melawan arus di depan Aiman Mall.

Justeru netizen berpuas hati dan memuji pihak polis yang menahan kenderaan tersebut dan berharap agar ianya menjadi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak menggunakan laluan tersebut sebagai dua hala.

Sebelum ini, jalan tersebut merupakan jalan dua hala. Namun, telah diumumkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Samarahan bahawa laluan menuju ke Aiman Malll telah diubah kepada jalan sehala sahaja.

Difahamkan bahawa tujuan sistem jalan sehala ini dicadangkan adalah bagi melancarkan aliran lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di sekitarnya.

image is not available
Netizen Puas Hati Lihat IPD Samarahan Tahan Pemandu Lawan Arus Di Aiman Mall

Akan tetapi, masih ada yang berkeras kepala dan masih menggunakan jalan tersebut sebagai dua hala. Hal ini sememangnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada pemandu yang lain.

Bagi anda yang ingin melaporkan kesalahan lalu lintas di mana-mana tempat, anda kini boleh melaporkan melalui aplikasi JPJ Info dan e-Aduan. Baca selanjutnya di pautan di bawah: