Netizen puji aura MK & isteri lebih menyerlah berbanding Shuib & Watie

25 Jun 2023 • 1:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Meskipun sudah lebih seminggu melangsungkan perkahwinan, penyanyi rap MK K-Clique dan pasangan Siti Hajaar Syeikh Nordin masih menjadi perhatian dalam kalangan netizen di media sosial.

Malah kedua-duanya turut memenuhi undangan bagi meraikan pengantin baharu, pelawak Shuib serta isteri Watie Hanifiah dalam satu majlis pernikahan dan resepsi di sebuah lokasi acara di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Lebih menyerlah?

Kehadiran MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isterinya mencuri tumpuan tetamu lain menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik akaun @scarfpengantin di aplikasi TikTok.

MK dilihat mengenakan baju Melayu berseluar hitam, manakala isterinya pula manis menyarungkan abaya dimana kedua-duanya sedondon berwarna ‘pink belacan’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji aura pasangan itu lebih menyerlah berbanding ‘tuan rumah’ apatah lagi kecantikan Siti Hajaar yang disifatkan tidak jemu mata untuk memandang walaupun tampil dengan gaya sederhana.

Selain itu, ada juga segelintir menyamakan ‘vibes’ wanita berusia 26 tahun itu seperti pelakon popular, Lisa Surihani dari segi penampilan serta personaliti yang ditonjolkan.

Pakai sederhana pun dah cantik

image is not available

Lebih tertarik dengan MK & Hajar

image is not available

Tak jemu tengok dorang ni…

image is not available

Sekali imbas macam Lisa Surihani

image is not available

Sejuk hati tengok!

image is not available

Terdahulu, MK & Siti Hajaar selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Sumber: TikTok @scarfpengantin, Instagram Shuib