Netizen Puji Pelancong Malaysia, Berani ‘Sound’ Peniaga Cuba Tipu Timbangan Buah

LocalTravel
23 Sep 2025 • 2:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Ifa Nazirah, dapat dilihat salah seorang rakannya mahu membeli satu kilogram anggur Muscat daripada peniaga tempatan yang terletak di tepi jalan.

Peniaga cuba tipu timbangan buah

Pada awalnya, peniaga berkenaan meminta bayaran tambahan dengan alasan buah yang ditimbang melebihi satu kilogram, namun rakannya enggan menurut permintaan tersebut.

Helah peniaga itu segera terbongkar apabila rakannya menyedari berat anggur sebenarnya tidak mencecah satu kilogram kerana bekas buah turut diletakkan di atas penimbang.

Bengang dengan sikap tidak jujur peniaga tersebut, rakannya itu membatalkan hasrat untuk membeli buah berkenaan dan mengambil semula wangnya.

Peniaga cuba tipu timbangan buah

image is not available
image is not available

Netizen puji keberanian wanita terbabit

Tindakan itu nyata mengundang kagum ramai netizen yang rata-rata memuji keberaniannya mempertahankan hak sebagai pembeli.

image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Kena berhati-hati bila bercuti kat Vietnam

Dalam pada itu, ada segelintir individu menitipkan nasihat kepada orang ramai agar lebih berhati-hati membeli barang atau makanan di Vietnam kerana bimbang ditipu oleh peniaga tempatan di sana.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Ifanazirahnawi