Netizen puji suara Sharnaaz Ahmad menyanyi -“Sedap sikit dari kawan tu”

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 8:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Netizen memuji suara Sharnaaz Ahmad sewaktu berkongsi satu video sedang menyanyi lagu berjudul Stuck on you yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Hantaran tersebut sudah tentu mendapat perhatian netizen susulan baru-baru ini tularnya video seorang pelakon tampil yakin menyanyi di sebuah saluran televisyen di negara seberang.

Instagram will load in the frontend.

Suara Sharnaaz Ahmad raih pujian netizen

Menerusi video yang dikongsikan Sharnaaz, dia dilihat begitu menghayati lirik lagu yang disampaikan di samping rakannya yang memainkan piano mengikut rentak lagu terbabit.

image is not available

Suara Sharnaaz Ahmad mengejutkan ramai

Perkongsian video tersebut telah menuai pelbagai pujian daripada netizen di mana kebanyakkan mereka merasakan aktor berkenaan mempunyai suara yang bagus serta berbakat.

image is not available

Tiada tone deaf katanya

image is not available

“Sedap sikit dari kawan tu”

Ada juga yang berseloroh mengatakan suara Sharnaaz lebih sedap sedikit daripada selebriti sebelum ini yang menyanyi secara siaran langsung di saluran televisyen luar negara,

Mereka turut memberitahu bahawa pelakon berkenaan boleh meneruskan nyanyian seperti itu di mana-mana majlis perkahwinan ataupun menyertai pertandingan seperti Kilauan Emas.

image is not available

Mamu nampaknya mendoniaa!

image is not available

Ada bakat menyanyi rupanya mamu

image is not available

Boleh dah nyanyi di majlis2 kahwin

image is not available

Boleh join Kilauan Emas ni

image is not available

Terdahulu, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad bin Datuk Basir Ahmad berseloroh mengatakan yang suaranya hampir sama dengan Fazura dan berhasrat mahu mengeluarkan single.

Perkara itu susulan tular video pelakon wanita berkenaan yang menyampaikan lagu terbaru berjudul Bertahan Demi Cinta secara langsung di saluran Indonesia sehingga berjaya menarik perhatian ramai.

Sumber: Instagram sharnaazahmad