Netizen Risau Andai Ada Yang Mati Kempunan Tak Sempat Lihat Wajah Bilal

15 Sep 2022 • 8:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Neelofa hanya mendedahkan gambar Bilal dari bahagian tepi. - Gambar dari Instagram Neelofa

Hari ini selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa telah memuat naik fotonya yang sedang mendukung anaknya iaitu Muhammad Bilal.

Namun seperti biasa, Neelofa masih belum lagi sedia mendedahkan wajah penuh anaknya. Dia hanya setakat ‘belanja’ gambar Bilal dari bahagian tepi.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ramai netizen serta rakan selebriti yang geram melihat tubuh montel Bilal. Rata-rata mereka turut menyamakan wajah Bilal dengan Jebat Jayden biarpun hanya anak kecil itu hanya mampu dilihat sipi-sipi.

Namun dalam banyak-banyak komen netizen, ada satu yang cukup menarik perhatian.

Seorang pengguna Instagram telah meluahkan kekecewaannya kerana masih belum berpeluang untuk menatap wajah Bilal sejak dia dilahirkan sehingga kini.

“Kenapa ya Neelofa tak tunjuk muka Bilal dari lahir sampai sekarang langsung tak nampak muka. Bayangkan yang mana telah sampai ajal, sampai ke sudah tak dapat tengok.

“Ibarat menunggu buah yang tidak gugur-gugur. Apa-apa pun semoga Bilal membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh yang berjaya di dunia dan akhirat,” tulis pengguna Instagram berkenaan.

image is not available

Muhammad Bilal telah dilahirkan pada 29 Januari 2022. Dan sejak dilahirkan, wajahnya masih belum didedahkan kepada umum sehingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, Neelofa beberapa kali telah berkongsi foto Bilal, namun dia masih belum mendedahkan wajah anaknya itu atas alasan tertentu. - Getaran, 15 September 2022