Netizen Runsing, Peniaga Bertudung Tapi Jual Bakso Babi- “Betul Ke Muslim?”

Food
22 Dec 2023 • 3:08 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Tular baru-baru ini seorang pempengaruh media sosial, Dale Philip membeli hidangan bakso goreng babi yang di jual oleh seorang peniaga wanita yang bertudung ketika ‘ber-vlog’ di Indonesia.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Philip sedang mencari makanan di Sudirman Street, Bandung lalu mendekati sebuah gerai yang menjual bakso goreng babi ataupun bebola daging.

@dalephilipvlogs

Pork Meatballs in Bandung, Indonesia I visited the Sudirman Street Day and Night Market in Bandung. There’s a lot of non-halal food available here, including pork meatballs (Bakso Babi) and pork satay (Sate Babi.) #Indonesia #Bandung #Travel #TravelAdvice #SoloTravel #BudgetTravel #StreetFood #IndonesianFood

♬ original sound – Dale Philip – Dale Philip

Lebih mengejutkan netizen ialah peniaga yang menjual hidangan tersebut merupakan seorang wanita yang memakai tudung.

Apabila pempengaruh itu bertanya sama ada benar ia merupakan hidangan berasaskan daging babi, wanita itu mengangguk kepala sambil mengiyakannya.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, penjual berkenaan juga memegang bebola daging babi dan memotongnya menjadi kepingan yang kecil.

image is not available

Perkongsian itu sekali gus meraih perhatian warga maya yang beragama islam, terutama rakyat Malaysia yang seringkali memilih Indonesia sebagai destinasi percutian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan wanita yang bertudung itu menjual dan memegang babi sedangkan dia Muslim.

Muslim tapi jual babi?

image is not available

Muslim tak dibenarkan menjual babi!

image is not available

Ada juga warganet yang mengatakan bahawa ia perkara biasa yang sering dilakukan peniaga di Indonesia disamping menjual makanan eksotik seperti ular.

Jual ular pun ada….

image is not available

Terdapat juga komen mengingatkan orang ramai terutama rakyat Malaysia untuk berhati-hati ketika bercuti di negara jiran ini agar tak terbeli makanan tidak halal.

Hati-hati dengan apa yang kita nak makan…

image is not available

Takut nak pegi sana…

image is not available

Dalam satu perkongsian Philip yang lain, seorang warga Indonesia mendedahkan bahawa makanan berasakan daging babi mudah untuk didapati di Bandung.

@dalephilipvlogs

Eating Pork Meatballs in Bandung, Indonesia I visited the Sudirman Street Day and Night Market in Bandung. There’s a lot of non-halal food available here, including pork meatballs (Bakso Babi) and pork satay (Sate Babi.) #Indonesia #Bandung #Travel #TravelAdvice #SoloTravel #BudgetTravel #StreetFood #IndonesianFood

♬ original sound – Dale Philip – Dale Philip

Namun lain pula di Jakarta, agak sukar untuk jumpa jualan hidangan berasaskan daging babi seperti di Sudirman Street berkenaan.

Sumber: TikTok Dale Philip