Kecoh media sosial hari ini berkenaan isu penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang ditamatkan kontrak. Orang ramai mula bercakap apabila ada dakwaan mengatakan penyampai radio ini dianiaya orang dalam.
Berdasarkan ‘hint’ diberi Tyzo, netizen menyalahkan DJ Lin yang merupakan pengurus besar stesen radio itu. Sampai teruk juga ruangan Instagram DJ Lin kena serang!
Terbaru, sumber kepada Malaysia Gazette mendakwa, punca kontrak Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain ditamatkan adalah kerana dia meminta kenaikan gaji yang tinggi selepas menang anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH35.

Dakwa sumber lagi, Tyzo dikatakan menerima tawaran daripada stesen radio yang lain. Hasil perbincangan, syarikat hanya mampu memberi sedikit kenaikan dan tidak dapat memenuhi apa yang diminta Tyzo itu.

Tyzo dikatakan bersedia menyambung kontrak tetapi meletakkan pelbagai syarat antaranya berkhidmat pada tempoh tertentu dan boleh meletak jawatan dalam tempoh 24 jam.
Pengurusan tertinggi bagaimanapun memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dan mencari penyampai radio baru sebagai strategi untuk tahun 2024.
Terdahulu, pengurus besar Suria FM, Rolinda Abd. Majid atau DJ Lin akan menjelaskan isu tular ini dalam satu sidang media yang akan dibuat pada Jumaat depan.
Kredit: Malaysia Gazette
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

