
Baru-baru ini video seorang bapa yang sanggup menemani anaknya masuk ke dalam mesin untuk membuat rawatan saraf otak telah mendapat perhatian ramai.
Difahamkan anak sulung daripada tiga beradik, Mohamad Nur Iman Ramadhani telah menghidap gangguan saraf otak (adrenoleukodystrophy).
Video Yang Dimuat Naik Bapa Iman
Ya Allah, permudahkanlah #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypage #imanramadhani #fypp @drrazinjaafar @IRES Clinic
Bapa kepada iman telah memuat naik satu hantaran video di aplikasi TikTok memaparkan Iman hadir di sebuah klinik untuk mendaptkan rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik.
Terapi tersebut memerlukan pesakit untuk masuk ke dalam mesin yang menyalurkan 100 peratus oksigen yang mempunyai tekanan lebih besar daripada biasa.
Apa yang membuatkan netizen lebih sebak apabila dalam video tersebut kelihatan bapa kepada Iman telah memasuki ke dalam ruang mesin tersebut untuk menemani anaknya itu.
Mejengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan agar adik Iman diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Jap!

![Ramai Tersentuh Lihat Bapa Setia Tunggu Anak Keluar Dari Dewan Selepas Majlis Konvokesyen [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Demi Anak Sakit, Ibu Sanggup Kayuh Basikal Dalam Gelap Untuk Jemput Ambulans [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)