Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah – “Ayden Macam Dah Biasa, Mesti Mak Dia Selalu Nangis”

Entertainment
29 Mar 2024 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik oleh jenama pakaian terkenal yang menampilkan Bella Astillah dan dua anaknya, Ayden dan Ara baru-baru ini mendapat perhatian masyarakat.

Selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangganya, ramai berasa kasihan terhadap aktres berusia 30 tahun tersebut dan anak-anaknya.

image is not available 24 hours ago

"Bella Sebenarnya Tak Lah Kuat.." - Anak-Anak Sumber Kekuatan, Bella Astillah Mengakui Tidak Sekuat Seperti Disangka

 

Sebak tengok Ayden lap air mata Bella

Menerusi rakaman berdurasi 27 saat itu, ia memaparkan Bella melayani telatah Ayden dan Ara menyanyi ketika penggambaran tersebut.

Momen yang dirakam itu telah dimuat naik di akaun TikTok Hijabista Hub dan telah membuatkan ramai warganet berasa sebak.

Apa yang paling membuatkan netizen tersentuh adalah apabila momen di mana Bella dilihat menangis dan Ayden kemudian dilihat mengelap air mata ibunya itu.

 

Bella sangat terluka, anak anak punca kekuatan

Menerusi ruangan komen hantaran itu, ramai yang mengasihani Bella dan berkata hatinya sudah sangat terluka selepas apa yang berlaku dalam rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

Ramai yang mendoakan agar Bella terus kuat dan dapat move on daripada keperitan yang dilaluinya dan sestengah netizen berharap agar Ayden menjadi lelaki yang baik serta menjaga ibunya apabila dewasa kelak.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, segelintir individu turut menyebut nama Ruhainies dan mengkritik pelakon wanita berkenaan disebabkan kes khalwat baru-baru ini.

image is not available image is not available image is not available