Netizen Seberang Harap Khairul Aming Disaman, Dakwa Reka Bentuk Rembayung Tiru Restoran Di Indonesia

LocalFood
10 Dec 2025 • 2:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal oleh seorang pengguna Threads @narigoma_rean, dipercayai netizen dari negara jiran berdasarkan bahasa yang digunakan.

Netizen harap Khairul Aming disaman

image is not available

Komen tersebut menimbulkan persoalan tentang konsep kedai Khairul Aming, terutamanya susun atur dua tingkat dan ruang terbuka.

“Hope Roemah Kraton boleh hantar saman From Bangunan, konsep bangunan, platting semua 100% sama 2 floor, with open space it’s so Roemah Kraton. Tak ada otak, ini bukan got inspired but plagiarism.” tulisnya.

image is not available

Malah, pengguna Threads itu turut menyatakan bahawa reka bentuk premis tersebut dikatakan hampir sama seperti sebuah restoran terkenal di Indonesia, menimbulkan perdebatan mengenai batas antara inspirasi dan plagiarisme dalam reka bentuk restoran.

Artikel lain: Belum Dibuka, Restoran Milik Khairul Aming Dah Dapat Reviu Teruk! – “Jijik Perangai Masing-Masing..”

Bagaimanapun, sehingga setakat ini, Khairul Aming masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

image is not available

Terdahulu, Khairul Aming berkongsi bahawa restorannya bakal dibuka, rahsia yang telah disimpan selama setahun akhirnya dibongkar.

Restoran yang menelan kos kira-kira RM4 juta itu terletak di tengah bandaraya, di Kampung Baru. Dari kedai tersebut, pengunjung boleh menikmati pemandangan menakjubkan KLCC, menjadikan ia lokasi strategik untuk pelancong dan pengunjung tempatan.

image is not available

Fokus utama restoran ini adalah masakan Melayu kampung, memberi peluang kepada pengunjung merasai hidangan tradisional autentik sambil menikmati suasana selesa di tengah kota.

Khairul Aming turut menyasarkan kedainya untuk menarik perhatian pelancong, menggabungkan pengalaman bersantap dengan pemandangan ikonik bandaraya.

image is not available

Walaupun kedai masih belum dibuka secara rasmi, pengumuman ini memberi gambaran jelas bahawa persiapan teliti telah dilakukan. Konsep dua tingkat dengan ruang terbuka direka untuk pengalaman santai, menonjolkan identiti kreatif  dan memberi bayangan pengalaman menarik yang menanti pengunjung kelak.

Sumber: Threads @narigoma_rean

The post Netizen Seberang Harap Khairul Aming Disaman, Dakwa Reka Bentuk Rembayung Tiru Restoran Di Indonesia appeared first on Borak Daily.