Netizen tak keruan lihat Bella Astillah kongsi maggi dengan Syed Saddiq – “Memang kahwin ni..”

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 1:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Bella Astillah kongsi maggi

Tindakan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kongsi maggi dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq ketika berada di Korea Selatan atas urusan kerja telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna di laman TikTok, dapat dilihat Bella dan Syed Saddiq sedang menikmati hidangan mi segera di sebuah kedai serbaneka di negara tersebut.

Bella Astillah kongsi maggi

Dalam perkongsian itu, apa yang menarik perhatian ramai adalah Bella dan Syed Saddiq makan mi segera dalam satu mangkuk yang sama sambil duduk bersebelahan.

Bella Astillah kongsi maggi

image is not available

image is not available

Netizen cemburu lihat aksi romantik tersebut!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah ada yang meluahkan rasa cemburu apabila melihat aksi romantik Bella dan Syed Saddiq.

image is not availableimage is not available

Harapnya mereka kahwin hujung tahun ni!

Dalam pada itu, ada segelintir netizen berseloroh tidak sabar untuk menunggu khabar baik dari Bella dan Syed Saddiq untuk mendirikan rumah tangga selepas melihat keakraban mereka sejak kebelakangan ini.

image is not availableimage is not available

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan untuk menjawab dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq.

Malah, Syed Saddiq turut berpendirian sama seperti Bella dimana isu peribadi tidak patut dihebahkan kepada orang ramai.

Hubungan antara Bella dan Syed Saddiq menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat memandangkan mereka dilihat semakin intim sejak berkolaborasi untuk beberapa produk terkemuka.

Untuk rekod, Bella merupakan ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, setelah bercerai bersama penyanyi Aliff Aziz pada 12 Jun tahun lalu.

Sumber: TikTok @bellaaasyam