Netizen Tak Setuju Maya Karim Bawa Watak MAHSURI Walaupun Ianya Masih Dalam Perancangan Syamsul

Movie
17 Aug 2022 • 6:18 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pelakon jelita, Maya Karin pernah berkongsi hasrat untuk melakonkan watak legenda Mahsuri di media sosialnya baru-baru ini. Menurut Maya, dia mahu berlakon di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Wow mesti gempak!

image is not available

Di Instagram, hasrat Maya ternyata berjaya mendapat perhatian pengarah berusia 38 tahun itu. Menerusi kapsyen, Syamsul seolah-olah bercadang untuk menterjemah watak ikonik berkenaan ke layar perak. Tambah Syamsul, idea yang diusulkan oleh Maya sangat bagus dan boleh direalisasikan pada masa akan datang.

image is not available

Walau bagaimanapun, Syamsul belum berkongsi secara terperinci berhubung karya tersebut yang sudah tentu akan menjadi satu fenomena lagi dalam industri filem.

image is not available

image is not available

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perancangan Syamsul kerana semakin banyak naskah dongeng dan elemen sejarah negara yang dapat dibanggakan. Namun, ramai tidak bersetuju bahawa Maya merupakan pelakon yang sesuai untuk menjayakan watak Mahsuri berdasarkan personaliti dan Maya Karim beerdarah campuran.