Netizen Tegur Abby Abadi, Kata Perlu Hormat Status Marissa Masih Isteri Orang

LocalFamily & Parenting
26 Aug 2025 • 3:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Abby Abadi Marissa Dania

Nama Abby Abadi sekali lagi jadi bualan hangat di media sosial selepas dia berkongsi doa serta luahan hati buat anaknya, Marissa Dania.

Namun, perkongsian itu nampaknya mengundang reaksi bercampur daripada netizen yang menegur tindakannya.

“Dok kenen-kenen dengan orang luar”

Seorang pengguna menulis bahawa dia telah disekat oleh Abby selepas menegur isu hukum berkaitan Marissa yang masih berstatus isteri orang.

image is not available

Ada yang memahami naluri Abby sebagai seorang ibu yang mahu yang terbaik untuk anaknya, tetapi tetap mengingatkan bahawa hukum perlu dihormati.

Tidak kurang juga yang menyokong teguran itu dengan mengatakan hukum tetap hukum walau sebesar mana pun ujian yang dilalui.

Pssttt! Niat seorang ibu untuk melindungi anaknya memang tidak salah, tetapi isu membabitkan rumah tangga dan status perkahwinan bukan perkara kecil. Apa pun, semoga semua pihak dapat mencari jalan terbaik tanpa menyalahi hukum.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.