Netizen tegur penampilan tetamu lelaki AJL39 – “Jangan normalisasi perkara haram..”

LocalEntertainment
17 Feb 2025 • 11:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Netizen tegur penampilan tetamu

Netizen tegur penampilan tetamu lelaki yang menghadiri ke Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mana tidaknya, ada segelintir tetamu lelaki bertindak mengenakan busana dan bersolek menyerupai golongan wanita yang secara jelas menentang hukum agama Islam.

Netizen tegur penampilan tetamu

image is not available image is not available

image is not available

Bagi netizen, tetamu sewajarnya menjaga serta memakai pakaian yang mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam sebelum menghadiri ke sesebuah majlis.

Hadis larangan lelaki berpakaian wanita

Ini kerana, perbuatan menyerupai suatu golongan adalah dilarang dan diharamkan malah menurut bekas Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tindakan itu adalah jelas songsang dan menyimpang dari fitrah manusia.

image is not available

image is not available

Jangan normalisasikan perkara ini

Susulan itu, ramai menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya tidak menormalisasikan perbuatan terkutuk tersebut supaya tidak menjadi ikutan generasi akan datang selain menjaga sensitiviti agama Islam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Semalam, Lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan hasil ciptaan Ikhwan Fatanna & Wan Saleh dan lirik Ikhwan Fatanna diumumkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) dan membawa pulang wang kemenangan RM100,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi lagu Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera Zaini ciptaan lagu dan lirik Hael Husaini dan Iqie Hugh yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Netizen tegur penampilan tetamu

image is not available

image is not available

image is not available

Manakala, lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret ciptaan Akim & The Majistret dan lirik Bunga Cantik meraih tempat ketiga dengan RM30,000 berserta trofi.

Anugerah Vokal Terbaik pula dimenangi oleh Ernie Zakri menerusi lagu Aura yang berjaya membawa pulang RM12,000 beserta trofi.

Kategori Persembahan Terbaik yang turut membabitkan undian penonton dimenangi Aina Abdul menerusi lagu Puas Sudah sekali gus berjaya meraih RM12,000.