Netizen Terharu Agong Sudi Zahir Ucapan Selamat Hari Gawai Buat Warga Sarawak

1 Jun 2023 • 5:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ucapan selamat Hari Gawai buat warga Sarawak

Netizen Terharu Agong Sudi Zahir Ucapan Selamat Hari Gawai Buat Warga Sarawak. Hari ini berlangsungnya Hari Gawai yang disambut meriah oleh kaum Dayak di Sarawak bagi meraikan pesta menuai.

Dikesempatan itu, Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong mengambil kesempatan itu menitipkan ucapan Hari Gawai di Facebook.

image is not available
Netizen Terharu Agong Sudi Zahir Ucapan Selamat Hari Gawai Buat Warga Sarawak. Kredit: Facebook

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.

Ini antara ucapan baginda

Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan berkenaan akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.

image is not available

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua,” menurut Istana Negara dalam hantaran di Facebook.

image is not available

Hari Gawai disambut hari ini dan esok oleh masyarakat Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

Baca lagi artikel menarik: