Netizen terhibur! Alif Teega ‘approve’ larva kuning, siap tukar buat DP

8 Dec 2023 • 10:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan pempengaruh media sosial, Alif Teega menukar dan menggunakan gambar watak animasi popular, Larva Kuning sebagai DP (Display Picture) di TikTok mencuri perhatian ramai.

Alif Teega ‘approve’ larva kuning

Difahamkan, sebelum ini dia menggunakan DP wajahnya sendiri. Namun kini, Alif Teega menukar ia kepada watak animasi popular larva dan berkemungkinan sedar dirinya disamakan dengan sesuatu rupa dek kontroversi kahwin lagi disaat isteri sedang hamil.

Apa yang membuatkan ia bertambah hangat, gambar animasi berkenaan telah disunting dengan meletakkan jambang dan bertopi persis pempengaruh itu.

image is not available

Malah, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Hazani turut memuat naik sebuah hantaran video yang mempersoal kewujudan orang ramai pada sesuatu momen yang diakhiri dengan larva kuning.

Terhibur! Menganjing diri sendiri

Rata-rata netizen berasa terhibur apabila pempengaruh itu menukar DP asal kepada gambar larva kuning yang menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Mereka juga berseloroh dengan mengatakan Alif seakan pasrah dan ‘memerli’ dirinya sendiri apabila disamakan dengan Larva Kuning.

 

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

 

Sebelum ini, nama Alif menjadi bualan selepas rata-rata dalam kalangan warganet berang selepas dia mengumumkan sudah berkahwin dua.

Malah, turut tular beberapa spekulasi mendakwa pempengaruh itu telah bertindak kasar terhadap isteri pertama, Aisyah Hijanah yang juga seorang penulis, usahawan dan pempengaruh.

Bagaimanapun, Aisyah meminta orang ramai agar tidak masuk campur urusan rumah tangganya kerana ia bakal mengeruhkan keadaan sedia ada.

Alif juga berkata, tujuan dirinya mengumumkan perkahwinan kedua kepada umum adalah bagi mengelak daripada sebarang fitnah terhadap diri, isteri dan keluarga.

Sumber: TikTok @alifteega