Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya

22 Aug 2022 • 5:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Hahaha chicken dance bah dibuatnya” -Netizen

Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya. Negeri Sabah bukan sahaja istimewa kerana keindahan flora dan faunanya, lautannya, pulau-pulau yang memukau pelancong, tetapi Negeri Di Bawah Bayu ini juga kaya dengan kepelbagaian suku dan budayanya.

Antara budaya yang sinonim dengan negeri Sabah adalah tarian Sumazau. Bila ada sekumpulan yang mempersembahkan tarian Sumazau ini, pasti kita kenal ianya dari Sabah.

image is not available
Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya. Sumber gambar: FB Izzi Taip

Pelancong asing ini cuba buat tarian Sumazau di Gaya Street Kota Kinabalu

Baru-baru ini tular di sosial media terdapat persembahan busking di Sabah telah menarik perhatian ramai. Rakaman video 46 saat ini telah mencuit hati netizen apabila melihat gelagat pelancong asing ini mencuba tarian Sumazau.

Menerusi perkongsian @izzi891 di Tiktok, dia memuat naik rakaman video persembahan busking di Gaya Street Kota Kinabalu. Lagu yang dipersembahkan oleh buskers ini telah menarik pengunjung untuk menari di khalayak ramai.

image is not available
Netizen Terhibur Lihat Pelancong Asing Cuba Menari Tarian Sumazau, Tapi Lain Pula Jadinya. Sumber gambar: Tiktok @izzi891

Buskers turut geli hati tengok gelagat diorang

Dapat dilihat beberapa pengunjung dan pelancong turut menari tarian Sumazau. Apa yang membuatkan ianya lucu, apabila salah seorang pelancong tersebut turut mencuba untuk menari tarian tradisional ini.

Walaupun sudah diajar cara menari oleh lelaki berbaju biru tua tersebut, tetapi lain pula jadinya. Kegigihan wanita pelancong asing tersebut untuk mempelajari tarian Sumazau telah membuatkan ramai geli hati.

Lihat video di bawah:

Tidak cukup dengan video tersebut, ada juga netizen meminta @izzi891 untuk memuatnaik Part 2. Dalam video ini juga lelaki berbaju biru tua tersebut pun ikutkan sahaja rentak yang ditari wanita tersebut.

Rata-rata netizen komen turut geli hati melihat gelagat wanita pelancong asing ini dan lelaki berbaju biru tua yang tidak berputus asa untuk mengajarnya. Walaupun nampak tidak sama seperti tarian Sumazau, wanita ini tetap slayyyyyimage is not available

image is not available
Sumber gambar: Tiktok @izzi891

image is not available
Sumber gambar: Tiktok @izzi891

Eee comelnyaa! Lihat gaya ‘rugged’ pakcik bersama anjing peliharaannya naik big bike. Baca lebih lanjut di bawah: