Netizen terkejut harga makanan kantin sekolah mahal – “Dulu nasi lauk ayam 80 sen je!”

13 Mar 2024 • 2:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Makanan kantin sekolah

Seorang wanita yang berkongsi momen anak lelakinya membeli makanan kantin sekolah pada hari pertama persekolahan sebagai murid darjah satu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita terbabit di laman TikToknya, dia meluahkan rasa gembira apabila melihat anak lelakinya itu begitu teruja membuat bayaran untuk membeli makanan buat kali pertama.

Makanan kantin sekolah

“Member (anak) teruja beli makanan sendiri. Sempat lagi tengok mama sebab excited nak guna duit!” ujarnya dalam video itu.

Dalam video tersebut, anak wanita terbabit dilihat sedang beratur untuk membeli minuman perisa oren berharga RM1 dan nasi lemak dibungkus dalam polistrin berharga RM2.

Makanan kantin sekolah

image is not available

Mahalnya harga makanan kantin sekarang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan harga makanan di kantin sekolah pada masa kini berbanding suatu ketika dahulu.

Ujar netizen, harga minuman pada zaman dahulu hanya sekitar 0.20 sen-0.50 sen dan boleh membeli makanan di bawah harga RM1.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Netizen dapat imbau kenangan sewaktu sekolah

Bagaimanapun, ada segelintir individu mengimbau kembali kenangan mereka ketika di bangku sekolah rendah selepas melihat gelagat murid-murid dalam video tersebut.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @fariza_adyani