Netizen Terkejut Lihat Profil Lando, Tak Sangka Lulusan Universiti Luar Negara

10 Nov 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramai netizen yang terkejut dan kagum melihat latar belakang pelajaran serta pekerjaan Lando Zawawi

Baru-baru ini tular di media sosial profil calon Ahli Dewan Undangan Negeri bagi daerah Tanjung Karang mewakili parti Pejuang iaitu Lando Zawawi yang juga merupakan seorang pelakon.

Ramai netizen yang terkejut dan kagum melihat latar belakang pelajaran serta pekerjaan pelakon filem Janji Diana itu. 

Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi merupakan graduan dari University Of Tasmania, Australia dan pernah berkerja dalam sektor gas dan minyak sebelum dia menceburkan diri dalam bidang hiburan.

image is not available

"Wah, selalu lihat dia berlakon watak jahat. Tak sangka latar belakang pendidikannya sangat hebat," komen salah seorang pengguna Instagram.

Disebabkan profilnya yang mengagumkan, ramai netizen yang berharap agar Lando menjadi pilihan para pengundi di kawasan Tanjung Karang. 

Sebelum ini juga Lando terkenal dengan membaiki jalan-jalan raya yang rosak secara percuma sejak tahun 2007 sehingga kini. 

Sebelum aktif dalam bidang politik, Lando banyak membintangi karya-karya terbitan Skop Productions termasuklah siri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur’. - Getaran, 10 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved