Netizen Terkejut Upah Potong Ayam Dikenakan Caj RM1 Bagi Setiap Sekilo Pembelian

27 Jun 2022 • 11:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah serta krisis peningkatan kos sara hidup yang berlaku masa kini dilihat merunsingkan rata-rata rakyat di Malaysia.

Krisis yang dihadapi ini bukan sahaja membebankan para pengguna malah ia turut merunsingkan hati para peniaga kerana dilihat sukar untuk mendapatkan keuntungan.

Upah potong ayam dikenakan caj RM1 sekilo

Semalam, tular satu hantaran dimuat naik Viral Media Johor yang memaparkan resit pembelian ayam di sebuah kedai.

image is not available

Apa yang mengejutkan ialah, caj pemotongan sebanyak RM1 dikenakan untuk sekilo ayam dapat dilihat tertera di resit pelanggan itu.

Berdasarkan resit itu, pelanggan tersebut membeli seekor ayam dengan berat 4.065kg dan dikena caj sebanyak RM4.06 sen bagi upah memotong ayam yang dibelinya.

Harap pihak berwajib bertanggungjawab

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa ini merupakan taktik terbaru peniaga untuk meningkatkan harga ayam di pasaran. Namun, ada juga yang memahami tindakan peniaga yang mengenakan caj pemotongan bagi setiap sekilo ayam adalah demi mencari keuntungan untuk perniagaan mereka.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Lepas ni, dah boleh mula belajar dah untuk potong ayam sendiri di rumah.

Kredit: Facebook Viral Media Johor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media